Jumaat, 15 November 2013

Yang Menarik Tentang Australia

Assalamualaikum..

Hari neh aku nak tulis tentang Australia boleh ke..? 

Huhu walaupun roh dan jasad aku belum pernah sampai ke sana tapi ader la jugak sedikit maklumat am yang aku nak kongsikan ngan u oll sekalian. Ikut koranglah samada nak percaya atau tak info yang aku tuliskan neh sebab artikel aku bukannya sebahagian dari Rukun Iman pun, ader enam Rukun Iman okeh. ''Please jangan tak tau"

Well, Australia memang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya kerana kedudukan benua-benua kecilnya yang dikelilingi oleh lautan. Sehubungan itu, banyaklah kawasan perairannya telah dijadikan sebagai Warisan Dunia.

Sebelum tu eloklah aku gtau yang ibu negara Australia neh namanya Canberra. Kat situlah letaknya Parlimen dan Mahkamah Tinggi kerajaan pusat. Canberra neh memang betul-betul terletak di tanah purba masyarakat orang asli Ngunnawal yer kawan-kawan =)

Sebut je Australia mesti kita terbayang kanggaru kan. Yela, dah kat sana kanggaru boleh hidup. Kat Zoo Malaysia ader tak kanggaru, lau ader bolehla kita jumpa kanggaru huhuhu, harap-harap hensemlah kanggaru tu yer =) 

Kredit dari australia.com

Lepas terbayang kanggaru mesti teringat Sydney plak kan. Sebuah bandar yang dibentuk oleh pelabuhan semulajadi. Sume orang boleh terbayang rupe bumbung-bumbung melengkung neh.

Kredit dari mytravelinsight.wordpress.com
Apa lagi yang boleh dikaitkan dengan Australia eh..Mestila koala, penguin pari-pari, ikan lumba-lumba dan juga penyu. Yer penyu. 

Tapi tau tak, yang ikan terbesar di dunia iaitu ikan yu paus gergasi akan melawat ke Australia antara bulan April dan Jun. Lau nak jupa dan bersalaman ngan ikan yu paus gergasi neh, jom la kita ke Ningaloo Reef antara tempoh April dan Jun tu, huhu..Lau tak puas lagi, boleh duduk lama siket kat Ningaloo Reef neh, sebab masa tu boleh kita tengok paus humpback plak antara bulan Jun dan Oktober.     

Kredit dari australia.com

Besar kan..? Nehla gamba ikan yu paus gergasi. Lepas neh bolehla u oll bayangkan rupe neh bila sebut tentang Australia..muahahaha =)

Apa lagi yang menarik..? 

Yang menariknya, kat Australia neh hotel dan restoran kat sana tak de caj perkhidmatan atas bil. Cume, bila kita makan kat restoran yang mewah adalah menjadi kebiasaan ntuk memberi tip pelayan sehingga 10% dari jumlah bil atas layanan yang baik tapi tip tu atas pilihan kita samada nak beri atau tak. Best kan bila ader perkara yang atas pilihan neh..=)



Lagi satu, bila kita beli barang kat satu kedai yang nilainya capai sehingga AUD$300 atau lebih, kita sebenarnya boleh mendapatkan pemulangan GST yang dibayar atas barangan yang dibeli. Kita boleh tuntut pemulangan tu kat kawasan berlepas terminal antarabangsa dalam masa 30 hari sebelum meninggalkan Australia.  Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Australia 10% taow...huhu 

Dengar kata penduduk kat Australia sangat beruntung sebab setiap orang anak (sehingga 5 orang) diberikan elaun oleh kerajaan pada setiap bulan. Sebuah Kerajaan sangat prihatin kan =)  

Stakat itu jer lah yang aku nak kongsikan bersama-sama u oll untuk hari neh..

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi =)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan