Selasa, 19 November 2013

Belanja Bulanan

Assalamualaikum..

Selamat hari Selasa kawan-kawan..=)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

U oll perasan tak, dalam hidup yang kita jalani selama beberapa tahun kebelakangan neh, mesti ader satu-satu barang yang slalu kita beli.. Lau tak beli hari-hari pun, tiap kali bila barang tu habis, mesti kita akan beli semula barang yang serupa.

Bagi aku jenama tak penting, tapi disebabkan aku puas hati dengan produk tu barulah aku ulang beli walau pun berkali-kali sehingga tak terkira banyaknya. Ulang beli tu ikut keperluan lah kan, janganlah suka-suka beli pastu tak guna pulak..=) 

ELAKKAN PEMBAZIRAN KERANA MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN

Bagi aku, sume gambar produk-produk kat bawah neh adalah sebahagian daripada barang yang aku selalu ulang beli.
 
Kredit dari daisytrade.com

Kredit dari lifebuoy.com

Kredit dari lifebuoy.com
 


Kredit dari moresales.com.my

Kredit dari julies.com.my

Kredit dari julies.com.my

Kredit dari foodspotting.com

Kredit dari flickriver.com
Kredit dari flickr.com

Erm, kadang-kadang aku slalu jugak mengidam makan menu cam kat atas tu huhu.. Ikut sedap mulut aku jer kan, mengidam yang barat neh.. Aku sendiri pun tak tahu nape sejak dua menjak neh jadi minat yang style camtuh huhu..

Dulu masa kecik tak minat pun makan spaghetti bolognese neh, skang neh rasa macam tiap-tiap bulan mesti nak makan jgak walau pun skali...=) 

Whipped potato lagilah, rasa macam nak makan tiap-tiap hari jer. 

Cheezy wedges tu aku dah takmampu nak beli yang KFC sebab tiap-tiap minggu mesti nak makan. Beli sepeket yang jual kat pasaraya tu, balek goreng sendiri, barula aku dapat makan dengan puas huhu. Apelah nak jadi ngan aku neh. 

Mungkin sume neh akan berubah satu masa nanti, sebab per yang kita suka skang neh belum tentu kita akan suka jgak dalam masa 10 tahun akan datang..

Heheh, sekian sahaja untuk kali neh.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan