Assalamualaikum..
Hai, pekaba.
Nak tanya neh,
camne korang berhadapan dengan stranger ?
Aku penah
alami beberapa situasi yang melibatkan stranger. Kadang-kadang bila fikir
balik, betul ke kita patut buat camtu kat stranger neh.
Hari Sabtu, di
parking lot sebuah pasaraya :
Aku didatangi
seorang pakcik berkopiah, berusia dalam lingkungan 40 tahun membawa flyer doa/
asma’ul husna, atau surah lazim bersaiz A4. Lalu memberi salam dan
memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris sebagai guru di sekolah anak yatim
dari luar negara. Datang ke Malaysia untuk mengumpul dana bagi memperbaiki
kerosakan pusat pengajian dan asrama pelajar akibat tsunami. Dari segala macam
tok nenek persoalan yang aku tanya dia, dapat aku simpulkan yang dia hanya reka
cerita sebab dari paras fizikalnya sendiri takde tokoh sorang guru pun dan dia
hanya menerima tunai sebagai sumbangan yang akan diserahkan kepada pusat anak
yatim sekembalinya ke negara asal pada awal Oktober sebelum raya haji. Aku tak
bagi sumbangan, tapi aku belikan satu set KFC untuk dia makan. Beria-ia dia
bagi aku flyer, tapi aku tanak.
16 November
ritu aku g ke pasaraya tu semula. Datang lagi pakcik tu nak mitak sumbangan
dari aku. Malas aku nak bersoal siasat lagi dan memang betul lah yang dia hanya
reka cerita sebab dia tak balek ke negara asal pun. Dulu kata nak balek negara
asal sebelum Hari Raya Aidi Adha. Ader je lagi kat situ. Dia bagi salam je terus
aku laju-laju masuk pasaraya, bagi alasan nak cepat sebab nak ke toilet. Bila aku
nak balek dia datang semula, terpaksa aku berdepan ngan dia lagi. Aku memang
dah sedia RM2 siap-siap sebelum kuar dari pasaraya tu. Terus letak atas flyer
bila dia datang dekat. Pastu dia kata dia bukan mitak derma. Malas nak cerita
lama2 terus aku amik RM2 tu semula dan terus bla..
Laen kali aku
kena bwak bodyguard bila nak g pasaraya tu lagi..=) Biar pakcik tu takot nak
datang dekat ngan aku. Huhuhu, aku yang takot ke atau dia.
Hari Selasa, aku
terima panggilan telefon dari pengguna private nombor :
Helo.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sorang pemanggil
lelaki berbahasa melayu dengan pelat cina memberi salam. Tapi aku tak jawab
salam sebab keliru dia neh Islam ke, suara macam cina. Kemudian dia tanya betul
ke aku pemilik nombor henfon 01............ dan nama aku ...... Aku jawab yer,
nama dan nombor betul.
Pastu dia
perkenalkan diri sebagai Nik dari sebuah syarikat telekomunikasi Kuala Lumpur
dan ucap taniah sebab nombor aku terpilih untuk menang RM6 ribu katanya. Dia
suruh aku reply mesej yang dia akan hanta nanti. Dahtu dia tanya, aku pakai
bank aper. Aku dolak dalih nak jawab sebab aku macam tak yakin jer. Yer-yer dia
mengayat suh aku gtau aku pkai bank aper. Semakin bertambah ketidakyakinan aku
sebab makin lama bual, aku dapat dengar bahasa melayu yang dia guna macam pelat
orang indonesia. Last-last aku kata : “ Kalau saya tanak bagitau..?” Tau tak
dia jawab pe, dia kata : “ Ah persetan. Kalau gitu kamu pelacur ya, kamu memang
anjing...” Terus dia putuskan panggilan. Aik, terpinga-pinga aku dibuatnya.
Astaghfirullahal a’zim.
Pe yang dia
nak buat sebenarnya bila dah tau aku pkai bank aper..? Erm, dari mana plak dia
dapat nombor dan nama aku..?
Hari Ahad, aku
bawak moto di lebuh raya :
Aku perasan
sejak kuar dari umah sebelum masuk ke lebuhraya, ader dua lelaki menaiki sebuah
moto dengan sengaja ikut dan perhati aku dari belakang. Aku perlahankan moto
bila nak belok ke kanan dan bagi moto tu jalan dulu. Tiba-tiba pembonceng moto
tu dengan tenangnya gunakan tangan kiri dia untuk ambik beg tangan yang aku
letak dalam bakul moto. Aper lagi, aku naek angin, bunyikan hon dan kejarlah
peragut tu.
Naseb baek aku tak ape-ape masa masuk mencelah antara kereta yang lalu
kat lebuhraya tu. Tapi, aku terjatuh kat tol sebab tak sempat brek dan moto
terbang lepas langgar bonggol. Aper lagi, patah ekzos moto aku. Putus selipar
yang aku pkai dan aku jatuh terguling-guling. Aku bangun berdiri dan melutut
kat tepi jalan. Kesian kat aku, dah la kena ragut pastu eksiden plak. Peragut
tu pun dah menghilang entah ke mana.
Walaupun
begitu, aku masih beruntung sebab ader orang yang sudi tolong hantarkan aku ke
klinik dan tahan orang belakang ntuk mitak orang tolong bwakkan moto aku skali
ke klinik. Disebabkan waktu kat klinik tu banyak benda yang nak difikirkan
sebab segala macam kad / duet/ henfon/ kunci umah hilang, takde orang kat umah,
moto aku rosak, nak bayar duet rawatan klinik dan masa tu jgaklah baru rasa
pedih-pedih luka akibat terjatuh cium tar lebuhraya. Maka, aku tak sempat nak
mitak nombor telefon dan ucap terima kaseh kepada ketiga-tiga orang yang tolong
aku hari tu. Awak, saya mitak maaf sebab biarkan awak berlalu pergi camtu jeh.
Tak sempat pun saya nak tau pe nama awak. Terima kaseh sebab berhentikan moto
awak ntuk tolong saya. Nanges =(
Kesah neh dah
lama bertahun-tahun, tapi sapai skarang aku masih rasa kesal dan bersalah sebab
tak dapat balas jasa baek dorang bertiga.
Heheheh, nehla
sebahagian rona-rona hidup aku. Setiap yang berlaku pasti ader hikmahnya.
Jangan takot untuk menghadapi kesulitan kerana dari situlah kita boleh mencipta
kematangan. Dan berbuat baiklah dengan orang di sekeliling kita kerana biarlah
lahirnya kita di dunia ini untuk menjadi khalifah yang dapat memberi manfaat
kepada orang lain. Usahlah berbuat jahat kerana setiap timbangan amalan di
dunia ini pasti akan dibalas seadilnya di akhirat kelak.
Aku berdoa
agar perjalanan hidup kita sentiasa berada di bawah pimpinan dan rahmat
petunjuk Ilahi.
Dan bergantung
haraplah serta tawakkal hanya kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa sebagai
tempat berlindung.
Itula kesahnya..Setakat ini dulu untuk hari neh.
Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan