Assalamualaikum..
Masjid kat Terengganu |
Aku suka tengok gamba masjid. Macam gamba kat atas neh, cantik kan? Lau masuk dalam masjid lagi best, rasa tenang jeh..=)
Seluruh kehidupan kita pasti akan tenang bila kita selalu solat berjemaah di masjid. Rasa bermakna sungguh kehidupan ini pabila sering menjadikan masjid sebagai pusat majlis ilmu. Lagipun, ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan umat Nabi S.A.W
Justeru itu, marilah sama-sama kita sebagai umat Islam datang beramai-ramai bagi meng'imarahkan (menghidupkan) masjid. Masjid kan Baitullah yakni rumah Allah S.W.T.
SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH S.W.T SERIBU LANGKAH ALLAH S.W.T AKAN MENDEKATI KITA
Yang kedua, aku suka tengok pokok bunga..=) wah, schanteknya..
Walaupun pokok-pokok tu takde bunga pun aku suka tengok. Macam pokok bongzai tuh kan takde bunga tapi dia cantik sebab daun-daun yang kemas dan digubah kreatif.
Lagi satu pokok-pokok yang besar pastu dengan dahan-dahan yang tumbuh dengan penuh kesenian. Sangat indah ciptaan Tuhan, Subhanallah. Macam pokok kat bawah neh..
Kredit gambar dari blog.tutoronline.my |
Pokok neh takyah jaga, takde orang guntingkan pun dahan dia supaya jadi bentuk camtuh..Tapi dahannya tumbuh elok dengan dedaunan berbentuk cantik yang sangat menakjubkan. Kuasa Tuhan, tiada dapat menandingi Nya.
Kredit gambar dari kopihijau.info |
Yang ketiga...Heheheh aku suka tengok katun muahahah. =)
Tak kira lah cite katun ke atau lukisan gamba katun ke. Sebab katun neh rupenyer comel lagipun ia menutup aurat kan. Macam katun yang gamba atas tuh huhu..
Walaupun aku suka tengok katun tapi aku tak pandai nak lukis katun, sebab takde bakat seni bak kata orang. Dan diharap perangai aku tak macam katun.
Okeh la, yang neh adalah first baby aku, anak sulong lah katakan. Lau ader salah silap atau terkurang ke mohon dimaafkan.
Wish me gudluck in blogging.
Setakat ini dulu yeah. Terima kasih daun keladi, laen kali kita jupa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan