Aku ader fb tapi malas nak buka sebab boring..
Pastu rasa macam nak buat blog tapi tak tau menahu apa-apa pun pasal blog. Ingatkan nak buat blog tu susah macam nak buat website. Almaklumlah blaja pun tak tinggi sangat, jadi ilmu tentang website tu takde lagi di dada. Lagipun memang bab kod kod neh aku malas nak fikir, canggih sangat kot. Justeru itu, terhentilah cita-cita aku ntuk ader blog sendiri. Impian hanya tinggal kenangan...=(
Kredit dari google |
Bersaranglah segala persoalan di minda.
1. Senang ke nak buat blog neh ?
2. Kenapa ramai orang yang ader blog sendiri ? Aik, umur 12 tahun pun dah ader blog.
3. Kena bayar ke ?
Dalam masa yang sama, aku jadi pembaca blog yang tegar. Tak kisahla blog genre apa, sume aku baca.
Satu hari, terdetik di hati nak cari jawapan kepada persoalan yang selama neh membelenggu di benak sanubari dan akal fikiran aku. "Macam mana nat buat blog" Ingatkan nak cari kat youtube je. Tapi bila taip je kat google terus dapat info dan lengkaplah segala macam tok nenek maklumat yang diperlukan.
Dari blog Inspirasi Seni Aku neh la aku blaja macam mana nak buat blog. Kiranya encik/ puan seniaku.com neh adalah guru aku. Jadi, aku kena tunduk hormat pada beliau. Lagi satu, sebenarnya free je pun nak buat sebuah blog yang simple.
Kredit dari Google |
Melalui kemudahan yang disediakan Google, kita boleh memiliki sehingga 100 buah blog sendiri. Canggih kan..=) Semuanya tersedia di hujung jari.
Kredit dari Google |
Sekarang, terpulanglah pada kita samada hendak mewujudkan blog sendiri atau tak..
Kredit dari Google |
Cuma, bila dah ader blog neh aku kenalah bertanggungjawab di atas semua artikel yang dah diterbitkan. Huhuhu, ader sedikit kegerunan di situ.. Diharap, semuanya baik-baik jeh.
Kerana bagi aku blog neh boleh dijadikan sebagai rujukan, teman, majalah, dan diari. Antaramuka bagi perkongsian ilmu.
Nabi S.A.W bersabda:
SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SEBARIS AYAT - H.R BUKHARI
Wallahu a'lam..
Terima kasih daun keladi, lain kali kita jupa lagi..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan