Khamis, 28 November 2013

It's Gonna Be Me !



Assalamualaikum..


It’s gonna be me huhu =)


Yup it’s me again..muahaha.


Aku dah kemaskan blog neh smalam dengan latar belakang dan tajuk blog. Diharap ianya boleh diterima pandang oleh kacamata dan anak-anak mata u oll. 


Erm, lau terserempak ngan blog aku neh dan bila-bila nati rasa nak jenguk blog neh semula boleh lah cari aku melalui alamat neh yer : 

 kehidupangadissemasa.blogspot.com

 


Itu jer yang aku nak tulis ntuk hari neh. 


Sebelum tu, aku nak bagitau sedikit info tentang kesihatan. 

Penyelidik Jerman telah menjalankan kajian dan mendapati amalan menulis diari atau jurnal selama 20 minit selama tiga hari berturut-turut bukan saja dapat mengurangkan stres malahan juga ia dapat mempercepatkan penyembuhan luka sehingga 4.4 kali lebih cepat. Wow !! Aper lagi, jom kita sihat... Sihat adalah kunci kebahagiaan.


Setakat ini dulu yer.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi =)










Rabu, 27 November 2013

Ulam

Assalamualaikum..

Korang suka makan sayur tak.. Ulam..?

Heheheh tak kesahla korang makan atau pun tak, aku tetap nak kenalkan korang sume dengan ulam-ulaman huhu.. Jom


Kredit dari flickr.com

Daun selom dan ulam raja. Cuba teka mana satu daun selom. Lau nak tau, yang rasanya lebih sensasi (masam siket) itulah ulam raja..=)

Kredit dari flickr.com

Jantung pisang yang boleh dikait dari pokoknya pabila sume bunga-bunganya dah bertukar menjadi buah pisang..=) Ambik jantung jer taouw, buah pisangnya belum masak lagi. Jangan silap kait.


Kredit dari radiosuarakasihfm.blogspot.com

Yang neh plak adalah pokok pucuk ubi. Yang boleh dibuat ulam adalah daun pucuk-pucuk ubi yang masih muda. Rebus dulu, baru boleh makan.


Kredit dari flickr.com
Kacang botol muda. Basuh-basuh pastu boleh terus makan. Cicah ngan sambal belacan pun sedap.

Kredit dari flickr.com
Yang neh kacang juga, tapi nama sebenarnya kacang panjang. Nehla ulam paling senang nak dimakan sebab ia tak pahit dan tak masam.


Kredit dari flickr.com
Timun.


Kredit dari healthyeating.sfgate.com

Tomato


Kredit dari flickr.com
Pegaga


Kredit dari btpnkedah.moe.edu.my

Buah kerdas.
Kredit dari flickr.com
Petai


Kredit dari manfaatnyasehat.blogspot.com
Dan daun salad.

Haaaaa, banyak kan ulam-ulaman warisan orang-orang Melayu kita. Oleh itu, jomla kita amalkan supaya anak-anak generasi akan datang pun dapat kenal sume ulam neh.

Setakat ini untuk hari neh, terima kaseh daun keladi. Laen kali kita jupa lagi...=)

Selasa, 26 November 2013

Stranger Dalam Sebuah Kehidupan Ini



Assalamualaikum..


Hai, pekaba.


Nak tanya neh, camne korang berhadapan dengan stranger ? 


Aku penah alami beberapa situasi yang melibatkan stranger. Kadang-kadang bila fikir balik, betul ke kita patut buat camtu kat stranger neh.


Hari Sabtu, di parking lot sebuah pasaraya :


Aku didatangi seorang pakcik berkopiah, berusia dalam lingkungan 40 tahun membawa flyer doa/ asma’ul husna, atau surah lazim bersaiz A4. Lalu memberi salam dan memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris sebagai guru di sekolah anak yatim dari luar negara. Datang ke Malaysia untuk mengumpul dana bagi memperbaiki kerosakan pusat pengajian dan asrama pelajar akibat tsunami. Dari segala macam tok nenek persoalan yang aku tanya dia, dapat aku simpulkan yang dia hanya reka cerita sebab dari paras fizikalnya sendiri takde tokoh sorang guru pun dan dia hanya menerima tunai sebagai sumbangan yang akan diserahkan kepada pusat anak yatim sekembalinya ke negara asal pada awal Oktober sebelum raya haji. Aku tak bagi sumbangan, tapi aku belikan satu set KFC untuk dia makan. Beria-ia dia bagi aku flyer, tapi aku tanak.


16 November ritu aku g ke pasaraya tu semula. Datang lagi pakcik tu nak mitak sumbangan dari aku. Malas aku nak bersoal siasat lagi dan memang betul lah yang dia hanya reka cerita sebab dia tak balek ke negara asal pun. Dulu kata nak balek negara asal sebelum Hari Raya Aidi Adha. Ader je lagi kat situ. Dia bagi salam je terus aku laju-laju masuk pasaraya, bagi alasan nak cepat sebab nak ke toilet. Bila aku nak balek dia datang semula, terpaksa aku berdepan ngan dia lagi. Aku memang dah sedia RM2 siap-siap sebelum kuar dari pasaraya tu. Terus letak atas flyer bila dia datang dekat. Pastu dia kata dia bukan mitak derma. Malas nak cerita lama2 terus aku amik RM2 tu semula dan terus bla.. 


Laen kali aku kena bwak bodyguard bila nak g pasaraya tu lagi..=) Biar pakcik tu takot nak datang dekat ngan aku. Huhuhu, aku yang takot ke atau dia.



Hari Selasa, aku terima panggilan telefon dari pengguna private nombor :


Helo. Assalamualaikum dan selamat pagi. 


Sorang pemanggil lelaki berbahasa melayu dengan pelat cina memberi salam. Tapi aku tak jawab salam sebab keliru dia neh Islam ke, suara macam cina. Kemudian dia tanya betul ke aku pemilik nombor henfon 01............ dan nama aku ...... Aku jawab yer, nama dan nombor betul. 


Pastu dia perkenalkan diri sebagai Nik dari sebuah syarikat telekomunikasi Kuala Lumpur dan ucap taniah sebab nombor aku terpilih untuk menang RM6 ribu katanya. Dia suruh aku reply mesej yang dia akan hanta nanti. Dahtu dia tanya, aku pakai bank aper. Aku dolak dalih nak jawab sebab aku macam tak yakin jer. Yer-yer dia mengayat suh aku gtau aku pkai bank aper. Semakin bertambah ketidakyakinan aku sebab makin lama bual, aku dapat dengar bahasa melayu yang dia guna macam pelat orang indonesia. Last-last aku kata : “ Kalau saya tanak bagitau..?” Tau tak dia jawab pe, dia kata : “ Ah persetan. Kalau gitu kamu pelacur ya, kamu memang anjing...” Terus dia putuskan panggilan. Aik, terpinga-pinga aku dibuatnya. Astaghfirullahal a’zim.


Pe yang dia nak buat sebenarnya bila dah tau aku pkai bank aper..? Erm, dari mana plak dia dapat nombor dan nama aku..?



Hari Ahad, aku bawak moto di lebuh raya :


Aku perasan sejak kuar dari umah sebelum masuk ke lebuhraya, ader dua lelaki menaiki sebuah moto dengan sengaja ikut dan perhati aku dari belakang. Aku perlahankan moto bila nak belok ke kanan dan bagi moto tu jalan dulu. Tiba-tiba pembonceng moto tu dengan tenangnya gunakan tangan kiri dia untuk ambik beg tangan yang aku letak dalam bakul moto. Aper lagi, aku naek angin, bunyikan hon dan kejarlah peragut tu. 

Naseb baek aku tak ape-ape masa masuk mencelah antara kereta yang lalu kat lebuhraya tu. Tapi, aku terjatuh kat tol sebab tak sempat brek dan moto terbang lepas langgar bonggol. Aper lagi, patah ekzos moto aku. Putus selipar yang aku pkai dan aku jatuh terguling-guling. Aku bangun berdiri dan melutut kat tepi jalan. Kesian kat aku, dah la kena ragut pastu eksiden plak. Peragut tu pun dah menghilang entah ke mana.


Walaupun begitu, aku masih beruntung sebab ader orang yang sudi tolong hantarkan aku ke klinik dan tahan orang belakang ntuk mitak orang tolong bwakkan moto aku skali ke klinik. Disebabkan waktu kat klinik tu banyak benda yang nak difikirkan sebab segala macam kad / duet/ henfon/ kunci umah hilang, takde orang kat umah, moto aku rosak, nak bayar duet rawatan klinik dan masa tu jgaklah baru rasa pedih-pedih luka akibat terjatuh cium tar lebuhraya. Maka, aku tak sempat nak mitak nombor telefon dan ucap terima kaseh kepada ketiga-tiga orang yang tolong aku hari tu. Awak, saya mitak maaf sebab biarkan awak berlalu pergi camtu jeh. Tak sempat pun saya nak tau pe nama awak. Terima kaseh sebab berhentikan moto awak ntuk tolong saya.  Nanges =( 


Kesah neh dah lama bertahun-tahun, tapi sapai skarang aku masih rasa kesal dan bersalah sebab tak dapat balas jasa baek dorang bertiga.



Heheheh, nehla sebahagian rona-rona hidup aku. Setiap yang berlaku pasti ader hikmahnya. Jangan takot untuk menghadapi kesulitan kerana dari situlah kita boleh mencipta kematangan. Dan berbuat baiklah dengan orang di sekeliling kita kerana biarlah lahirnya kita di dunia ini untuk menjadi khalifah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Usahlah berbuat jahat kerana setiap timbangan amalan di dunia ini pasti akan dibalas seadilnya di akhirat kelak.


Aku berdoa agar perjalanan hidup kita sentiasa berada di bawah pimpinan dan rahmat petunjuk Ilahi. 


Dan bergantung haraplah serta tawakkal hanya kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa sebagai tempat berlindung. 

Itula kesahnya..Setakat ini dulu untuk hari neh.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi =)

Baru Tengok Nona



Assalamualaikum..


Ape aktiviti u oll semalam ?


Aku melawat sedara kat kampung kelmarin. Kebetulan plak ternampak pokok renek berbuah yang aku tak penah tengok sebelum neh.


Tanya tuan tanah, dia gtau itu pokok nona. Ouh, camtu rupanya nona. Cantik, seindah namanya. Nona tu dari kecik lagi aku dah kenal namanya, tapi rupe dia baru aku tengok kelmarin. Terlewat siket aku tengok rupa cik nona neh huhu. Lau cempedak ngan nangka tu dari umo 4 tahun aku dah kenal sebab selalu makan muahahaha =) 
Kredit dari flickr.com
Selain nona, buah neh ader banyak nama taow. Indonesia panggil nona tu srikaya, mat saleh panggil custard apple dan penduduk di Kepulauan Fiji panggil ia sarifa. Glamournye lau kita pun panggil ia sarifa kan hehehe, macam nama artis. 

Buah nona boleh dimakan bila kulit luarnya dah lembut. Lau kulit masih keras dan macam merekah, elok peram dulu tunggu ia lembut taow. Masa tu, baru la kita boleh makan nyer. Ader dua jenis nona samada kulit warna purple atau hijau yer kawan-kawan =)

Kredit dari flickr.com
Sebut buah sarifa teringat plak pada buah zaitun dan tin. Dua-dua jenis buah neh pun sama macam nona, penah dengar nama tapi sapai skarang belum penah tengok rupa dia. Cuba cari kat google, mesti ader gamba.

Selasa, 19 November 2013

Belanja Bulanan

Assalamualaikum..

Selamat hari Selasa kawan-kawan..=)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

U oll perasan tak, dalam hidup yang kita jalani selama beberapa tahun kebelakangan neh, mesti ader satu-satu barang yang slalu kita beli.. Lau tak beli hari-hari pun, tiap kali bila barang tu habis, mesti kita akan beli semula barang yang serupa.

Bagi aku jenama tak penting, tapi disebabkan aku puas hati dengan produk tu barulah aku ulang beli walau pun berkali-kali sehingga tak terkira banyaknya. Ulang beli tu ikut keperluan lah kan, janganlah suka-suka beli pastu tak guna pulak..=) 

ELAKKAN PEMBAZIRAN KERANA MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN

Bagi aku, sume gambar produk-produk kat bawah neh adalah sebahagian daripada barang yang aku selalu ulang beli.
 
Kredit dari daisytrade.com

Kredit dari lifebuoy.com

Kredit dari lifebuoy.com
 


Kredit dari moresales.com.my

Kredit dari julies.com.my

Kredit dari julies.com.my

Kredit dari foodspotting.com

Kredit dari flickriver.com
Kredit dari flickr.com

Erm, kadang-kadang aku slalu jugak mengidam makan menu cam kat atas tu huhu.. Ikut sedap mulut aku jer kan, mengidam yang barat neh.. Aku sendiri pun tak tahu nape sejak dua menjak neh jadi minat yang style camtuh huhu..

Dulu masa kecik tak minat pun makan spaghetti bolognese neh, skang neh rasa macam tiap-tiap bulan mesti nak makan jgak walau pun skali...=) 

Whipped potato lagilah, rasa macam nak makan tiap-tiap hari jer. 

Cheezy wedges tu aku dah takmampu nak beli yang KFC sebab tiap-tiap minggu mesti nak makan. Beli sepeket yang jual kat pasaraya tu, balek goreng sendiri, barula aku dapat makan dengan puas huhu. Apelah nak jadi ngan aku neh. 

Mungkin sume neh akan berubah satu masa nanti, sebab per yang kita suka skang neh belum tentu kita akan suka jgak dalam masa 10 tahun akan datang..

Heheh, sekian sahaja untuk kali neh.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..