Jumaat, 28 Mac 2014

Butang Action di Powerpoint

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kawan-kawan.

Untuk hari neh, jom kita tengok apa yang kita boleh buat kat powerpoint yang aku boleh kongsikan.

Powerpoint boleh diakses dalam software Microsoft Office. Kebiasaannya powerpoint akan digunakan bagi tujuan pembentangan projek kepada pihak pengurusan atau pun pelanggan. Sehubungan itu, banyaklah butang yang boleh digunakan dalam slaid persembahan tersebut. Di antaranya ialah butang tindakan (action) yang boleh memberi nilai tambah yang tersendiri dan menjadikan persembahan slaid Powerpoint lebih interaktif untuk menarik perhatian penonton.

Butang Action boleh dimasukkan ke dalam slaid dengan dua cara :

Pertama : Klik Objek dan klik Action

Contoh macam slaid kat atas neh. Objek yang dipilih adalah gambar. Kemudian, klik pada butang Action yang aku dah bulatkan merah tu. Lepas tu, masukkanlah pautan yang hendak disambungkan pada gambar tu. Kat sini aku pilih link ke url website neh. Jadi, bila aku buat persembahan nati, akan terbukalah website neh kepada penonton bila aku klik pada gambar tu. Dinasihatkan, masukkanlah link yang sesuai dengan persembahan korang yer. Dan link url neh akan berfungsi bila laptop yang digunakan masa persembahan tuh ada talian internet sahaja yer. =) Jangan nak sibuk link slaid lau takde internet, nati kena potong markah plak huhu...

Kedua : Masukkan Butang Shape Action


Butang Shape Action boleh ditambahkan pada slaid untuk memasukkan pautan. Aku lebih suka pilih cara neh sebab senang aku nak klik masa persembahan nati. Dalam contoh kat sini aku pilih kotak kosong dalam Action Button Custom. Lau nak yang laen, sume butang yang sederet tu boleh dipilih. Ikut yang mana korang rasa lebih senanglah. Kemudian, aku jadikan kotak kosong tu sebagai perkataan SLIDE 2. SLIDE 2 neh aku link kan dengan Next Slide. Macam dalam gambar kat atas tu.


Ada beberapa jenis pilihan yang boleh kita hubungkan dengan slaid di antaranya ialah Other File. Other File boleh dijadikan link apabila terdapat fail lain seperti music, imej, video, Excel, Word dan Publisher yang tersimpan di dalam laptop, thumdrive atau harddisk yang digunakan semasa persembahan. Kebiasaannya, Other File akan digunakan bagi menghubungkan data-data terperinci yang telah diringkaskan di dalam slaid. Link ini sangat membantu di dalam sesi soal jawab bagi meyakinkan pihak pengurusan atau pelanggan. 

Sebelum tu, aku nak gtau neh. Lau nak check Butang Action neh berfungsi ke tak, kita boleh tau dengan tengok kat slide show yer.

Okeh. Untuk itu, diharap yang aku kongsikan neh dapat membantu korang. Selamat maju jaya.


Sekian sahaja untuk hari neh.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..=)

Jumaat, 21 Mac 2014

Sang Lebah

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua.

Hari neh aku nak menulis sikit tentang perihal lebah. Dah lama aku nak mengemaskini blog kehidupangadissemasa.blogspot.com neh tapi tak kesampaian hinggalah tibanya saat ini huhu.. Harap maaf yer kawan2, aku hanya mempunyai keterluangan masa yang sangat terbatas pada awal tahun baru neh. 

Jom baca ayat 69, Surah An-nahl. A'uzubillahi minashsyaitonirrajim.


Annahlu dalam istilah arab bererti lebah. Lebah menghasilkan madu. Madu yang dapat dikongsi oleh manusia kerana manfaat khasiatnya. Tapi tau tak, apa sebenarnya tujuan lebah hasilkan madu. 


Lebah menghasilkan madu untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Madu-madu yang tersimpan di dalam sesebuah sarang lebah akan digunakan oleh lebah bagi menghasilkan tenaga untuk meneruskan hidup pada musim sejuk atau ketika cuaca tidak mengizinkan.


Di dalam keluarga sebuah sarang lebah terdapat tiga jenis lebah yang telah dilahirkan mengikut peranan masing-masing secara semulajadi mengikut fitrahnya. 


Yang pertama ialah Lebah Ratu. Hanya ada seekor Lebah Ratu di dalam sesebuah sarang dan hanya Lebah Ratu yang bertelur. Dianggarkan seekor Lebah Ratu boleh menghasilkan lebih kurang 2000 biji telur setiap hari. Lebah Ratu ini hanya makan madu terpilih yang dikenali sebagai royal jelly untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang hayatnya selama empat hingga lima tahun. Seandainya Lebah Ratu muda datang ke sarang yang dibawa bersama oleh lebah jantan, akan berlaku pergelutan di antara Lebah Ratu asal dan Lebah Ratu muda. Lebah Ratu yang menang dalam pergelutan akan menguasai sarang tersebut manakala Lebah Ratu yang kalah akan terbang keluar dan membina sarang baru yang akan dijadikan sebagai tempat berlindung bersama-sama sebahagian dengan Lebah Pekerjanya. 


Kedua, Lebah Jantan. Kitar hidup lebah = telur > larva > kepompong > lebah. Setelah 3 hari Lebah Ratu bertelur, telur-telur Lebah Jantan di dalam sarang akan menetas dan berubah menjadi larva. Sepanjang tempoh 5 hari menjadi larva, larva tersebut diberi makan oleh Lebah Pekerja. Lebah Jantan menjaga sarangnya. Lebah Jantan akan mati setelah mengahwini Lebah Ratu. Lebah Jantan yang tidak mengahwini Lebah Ratu akan diabaikan dan akan diusir oleh Lebah Pekerja pada saat sarang kekurangan sumber makanan. Jangka hidup Lebah Jantan adalah antara 4 hingga 6 minggu.


Yang ketiga ialah Lebah Pekerja. Lebah Pekerja hidup tidak lama iaitu sekitar 50 hari. Fungsi Lebah Pekerja adalah berkhidmat kepada Lebah Ratu dengan menghasilkan royal jelly untuk makanan Lebah Ratu dan larva. Kemudian, Lebah Pekerja ini juga, ada yang keluar mencari pollen, nektar dan propolis untuk menghasilkan madu yang disimpan di dalam sarang. Lebah Pekerja merupakan lebah betina yang paling banyak terdapat di dalam sesebuah sarang. 


Dan, kerana kerjasama di antara Lebah Ratu, Lebah Jantan dan Lebah Pekerja ini bersama-sama dengan adanya manisan bunga seperi pollen, nektar dan propolis ini, maka dapatlah kita sebagai manusia berkongsi khasiat madu yang telah terhasil ini. Keunikan madu itu sendiri, ia tidak akan basi dan boleh menyembuhkan luka. 
Subhanallah. Allah S.W.T telah menciptakan seluruh makhluk dan alam semesta di dunia ini sebagai tanda kekuasaanNya. 

Bersamalah kita melihat dan berfikir. 

Wallahu a'lam.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Rabu, 29 Januari 2014

Kata-kata Hikmah

Assalamualaikum...

Sedikit kata-kata yang dikongsikan. 
Semua manusia akan MATI, kecuali yang berILMU. Semua yang berilmu akan TIDUR kecuali yang mengAMALkan ilmunya
HARTA akan HABIS digunakan tanpa ILMU tetapi sebaliknya ILMU akan berKEMBANG jika ianya diGUNAkan
Setiap orang dapat mencapai KEJAYAAN dalam apa saja hal, asalkan ia sangat meNYUKAI pekerjaan yang dilakukan
Lebih baik TIDUR dengan perut yang LAPAR daripada BANGUN tidur dengan banyak HUTANG
Hidup biarlah BERBAKTI, walaupun tidak diPUJI
Masa DEPAN itu diBELI oleh masa SEKARANG
Jangan sekali-kali kita meREMEHkan sesuatu PERBUATAN baik walaupun hanya sekadar SENYUMAN
Dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI. Dalam kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA
Barangsiapa menyebar luaskan berita-berita KEKEJIAN yang didengarnya, maka dia seperti PELAKUnya
Jika KEADILAN ditegakkan, KEBERANIAN tidak diperlukan lagi
Gantungkan AZAM dan SEMANGATmu setinggi BINTANG di langit dan rendahkan HATImu serendah MUTIARA di LAUTAN
Kekuatan tidak datang dari kemampuan FIZIKAL, tetapi ianya datang dari SEMANGAT yang tidak pernah MENGALAH
Orang yang BERANI ialah mereka yang tidak mudah PATAH HATI, tetapi BERTAHAN dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran
Pengetahuan adalah WARISAN yang mulia, budi pekerti ibarat PAKAIAN yang baru dan fikiran ibarat CERMIN yang berkilau
Manusia yang paling BAIK adalah yang paling BANYAK memberikan MANFAAT bagi manusia lain
Jika kita inginkan suatu KEHIDUPAN yang berMAKNA, buatlah KEPUTUSAN yang berMAKNA juga
Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terAKHIRlah yang dapat memBUKA mangga
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang MUSTAHIL pun BOLEH terjadi
Setiap perkara ada GANTInya. Setiap perlakuan ada GANJARANnya. Setiap kejadian ada HIKMAH di sebalik kejadiannya
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda LAKUKAN. Seluruh kehidupan adalah satu UJIAN
Berunding CERDIK dengan PANDAI, faham dua menjadi satu
Amal yang paling diSUKAI ALLAH adalah amal yang dilakukan secara terus MENERUS sekalipun sedikit
Berubah itu mungkin MUDAH, tapi KEKAL dengan perubahan yang dibuat itu mungkin PAYAH
Terima kaseh kerana sudi membaca, laen kali kita jupa lagi..=)

Pengat Tepung

Assalamualaikum..

Artikel tambahan ntuk hari neh..
Nak jgak ia menyelit walau hanya sebuah catatan yang pendek.

Aku teringin nak makan pengat tepung pulut yang kaler-kaler camneh..

Nampak sedap, aku tak penah makan pengat yang neh. 

Keh, itu je.

Bye.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Umah Kayu

Assalamualaikum..

Bila orang tanya camne umah idaman aku, jawapan aku ialah umah kayu muahahaha ..=)

Tapi skarang neh dah jarang-jarang orang kita nak buat umah kayu. Mungkin sebab kos ntuk bina umah kayu lebih tinggi dari umah batu. Lagipun, umah kayu kena pandai jaga, lau tak nati sume dinding umah kita roboh sebab kena makan dek anai-anai. Dan agak mustahil lah ntuk aku sendiri memiliki umah kayu pada zaman skarang neh. Mana ader pemaju perumahan yang buat umah kayu ntuk pasaran kat Malaysia neh. Umah batu pun belum tentu lagi aku mampu nak beli, inikan pula umah kayu huhuuhuhu...sedey.

Pendek kata hanya orang-orang kaya jer yang mampu miliki umah kayu neh. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kampung yang mendiami umah warisan pusaka. Dan hanya mereka yang betul-betul hartawan mampu mendirikan umah kayu di tengah-tengah bandar neh. Untungla dapat jadi jutawan, hartawan dan dermawan. Lau aku nak merasa duduk umah kayu, kenalah g sewa chalet dua tiga malam. Lau tak pun g balek kampung, tido umah pakcik dua tiga malam.

Tiba-tiba teringat soklan karangan waktu skolah menengah dulu 'Mana satu lebih baik, membesar di bandar atau luar bandar'. Mestilah jawapan aku luar bandar, sebab hujah aku lebih banyak dan memihak kepada yang luar bandar ngeheheh..
 
Erm, dah hampir sambutan Tahun Baru Cina. Mesti kaum cina tengah buat persiapan. Jadi, banyaklah barang-barang bermusim tengah dijual di pusat beli belah atau pun pasar basah. Contohnya cam nanas. Nanas ntuk Tahun Baru Cina neh, dorang siap jual buah nanas kuning yang berskali ngan anak-anak pokok nanas tuh. Canggihkan.




Aku pulak penat memikir, ke manakah hala tuju aku ntuk abeskan cuti panjang empat hari masa raya cina nati. Yeah, besnya cuti.

Selamat menyambut tahun baru cina.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Selasa, 28 Januari 2014

Bila Waktu Terluang...

Assalamualaikum..

Bila waktu terluang atau tengah boring, aku suka makan dua mende neh..


Kacang pistachio...

Kuaci muaehehehe..=)

Bagi lah sebanyak mana pun, gerenti aku boleh habiskan..

Bukannya tamak tapi aku memang suka mengunyah..huhu

Pastu bila dah nak segunung tinggi kulit kacang atau kulit kuaci yang aku dah kupaskan, rasa puas sangat. Tak taulah sebab per..

Bila dah habis makan, kenalah minum air masak banyak siket. 

Okeh.

Bye.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.
 

Isnin, 27 Januari 2014

Aku Yang Dulu Dan Aku Yang Skarang

Assalamualaikum..

Masa berlalu dengan cepat.

Dunia sudah berubah. Umur dah bertambah. Pengalaman dah banyak. Tapi status yang masih tak berubah-ubah. Bujang.

Yer, aku lah orang yang tak penah nak berubah.

Dari dulu sapai skarang. Bertunang tak penah. Ader boyfren tak penah. Berkahwin apetah lagi, memang langsung tak penah. Hihi.

Ape kena ngan aku neh. Adakah aku terlalu risau atau pun takut..?

Bukan aku yang risau. Tapi orang skeliling yang tolong risaukan bagi pihak aku.

Pesan orang skeliling:
1. Lau dah kawen, nati ader orang jaga kita.
2. Dah tua nati senang.

Erm, tak tau mana satu soklan dan di mana jawapannya.

Bukan nak mengeluh tapi cuma meluahkan rasa hati.

Ke ianya adalah salah aku sendiri. Terlalu :
1. Memilih ke?
2. Jual mahal ke?
3. Tak pandai nak ngorat ke?
4. Tak pandai nak layan ke?
5. Takut ke?
6. Tak kesah ke?
7. Terlalu pentingkan diri sendiri ke?
8. Takde perasaan ke?
9. Hati kering ke?
10. Bahagia skarang?

=) Tak kesah la yang mana satu. 

Bagi aku: selagi diri aku belum ader keinginan ntuk menjadi sorang kekasih @ isteri @ ibu, maka belum masanya lah aku layak ntuk berpasangan. Setiap rezeki yang dikurniakan pada kita telah ditentukan masa-masanya.

Ini cuma pendapat aku jeh.

Mungkin mereka yang lebih matang punya pendapat sendiri. Kebahagiaan kita yang menciptanya.

Aku hanya berkongsi rasa.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Jumaat, 24 Januari 2014

Yang Menarik Tentang Uzbekistan

Assalamualaikum..

Dah lama aku terdiam kan. =) Tapi takde lah sapai sebulan aku tak masukkan artikel baru huhu..kerana kekangan waktu yang sangat mencengkam.

Jadi, dengan adernya sekian waktu yang terluang hari neh aku nak gunakan ia ntuk kemaskini blog neh. Boleh kan? 

Sebelum tuh aku nak kongsikan sikit tentang keadaan cuaca kat negara kita neh. Suhu Malaysia agak dingin rineh sehingga serendah 17 darjah celcius yang dicatatkan di Kuala Krai malam tadi. Ia disebabkan oleh gerakan Angin Monsun Timur Laut dari arah negara China yang sedang mengalami musim sejuk. Ungtungkan, dapat tido lena walaupun tak pasang kipas. Dapat jimatkan elektrik. Heheh..tak penah aku merasa negara kita sesejuk neh.

Kehlah, ari neh sebenarnya aku nak tulis tentang Uzbekistan. 

Uzbekistan neh baru merdeka pada tahun 1991. Jadi negara Uzbekistan neh sedang bangkit dan berusaha untuk berdiri menjadi sebuah negara yang membangun. Ibu negara Uzbekistan dikenali sebagai Tashkent. 

Disebabkan Tashkent dijadikan ibu negara, maka banyaklah tempat-tempat hiburan yang boleh dikunjungi dan dijadikan sebagai daya penarik untuk kunjungan para pelancong luar negara. Antaranya ialah Taman Tema Disneyland, kemudahan stesen keretapi, Gunung Chimgan yang terkenal untuk bermain ski dan lain-lain lagi termasuk dataran kemerdekaan. Selain itu, banyak bangunan-bangunan perniagaan juga sedang pesat membangun.





Yang menariknya, disebabkan banyak kuasa pemerintah yang pernah memegang tampuk kepimpinan Uzbekistan sebelum neh, maka banyaklah peninggalan sejarah lampau yang masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini. 

Sebuah bandar yang dikenali sebagai Bukhara telah dijadikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991. Bukhara merupakan tempat asal kelahiran ramai tokoh ilmuwan Islam termasuk saintis Ibnu Sina dan Imam al-Bukhari. Lau nak tengok bangunan seperti masjid dan makam dengan senibina unik warisan kesenian Islam zaman dahulu, bolehla kita ke sana.


Samarkand pula pernah menjadi ibu negara Uzbekistan SSR pada tahun 1929 dulu. Uzbekistan memang terkenal dengan rekaan seramik pada bangunan dan set perkakasan makanminumnya. Patung pun ader yang diperbuat daripada bahan seramik jugak.


Selain daripada kedua-dua bandar tu, Uzbekistan juga kaya dengan sumber alam semulajadi seperti buah-buahan dan kekacang. Dan yang paling menarik skali, negara tersebut amat terkenal dengan masakan mewahnya seperti pilaf dan kebab. Nyummy..tiba-tiba teringin nak makan kebab..=) Ader lagi sebuah tempat yang dikenali sebagai Khiva boleh dikunjungi kat sana. Kepada sesape yang berminat nak berkunjung dan dapatkan maklumat lanjut tentang Uzbekistan neh, lehla lawat laman web toUzbekistan.com yer..=)


Aper lagi eh..Sebelum aku tamatkan tulisan ntuk arineh, aku nak sambung cerita tentang sebuah penemuan di Turkmenistan. Iaitu tentang 'HELL GATE' yang terletak berhampiran lapangan terbang di kota kecil Darvas.

Difahamkan, kononnya Hell Gate adalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan bagi sebuah lubang berapi yang telah digali oleh pakar geologi bagi mendapatkan gas asli. Walau bagaimanapun, projek cari gali berkenaan telah menemukan dengan jurang yang lebih besar dan sangat dalam di bawah tanah. Jurang tersebut menyebabkan kesemua peralatan dan perkakasan carigali terjunam. Disebabkan jurang berkenaan mengeluarkan gas yang dianggap sebagai beracun dan boleh mencemarkan udara bumi, maka pakar geologi berkenaan telah membakar gas tersebut bagi mengelakkan pencemaran yang boleh memudaratkan. Sehingga ke hari ini, lubang berapi berkenaan masih terus menyala dan tidak pernah padam semenjak kira-kira 35tahun yang lalu. 
 
Keh, nampaknya dah agak panjang yang aku tuliskan neh. Cukuplah ntuk hari neh yer kawan-kawan.

Terima kaseh daun keladi. 

Laen kali kita jupa lagi...=)


Selasa, 7 Januari 2014

Gunung Sinabung

Assalamualaikum..

Lepas dengar berita kat radio pagi neh tentang Gunung Sinabung, aku terus cari info kat google. Yerla, kita kenalah gunakan kemudahan dengan sebaiknya. Prinsip 'Dunia Tanpa Sempadan dan Maklumat Tersedia di Hujung Jari' mendorong aku untuk tulis entri neh huhu..=)

Jom kita tengok video neh dulu..
 

Menurut Liputan6.com, Gunung Sinabung yang terletak di Tanah Karo Sumatera Utara telah menunjukkan tanda-tanda aktif dengan mengeluarkan kepulan wap asap panas berdebu dan berbatu, bersuhu lebih kurang 700 darjah celcius setinggi 3km pada 02 Januari 2014 yang lalu. Di samping itu, penduduk sekitar yang tinggal berhampiran sejauh 5km dari kawasan berkenaan telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan bagi tujuan keselamatan.

Kepulan wap panas telah aktif dihamburkan semula pada 05 Januari 2014 yang lalu. Keadaan yang berlarutan itu menyebabkan lalulintas dari Kabupaten Karo menuju ke Aceh Tenggara terganggu akibat abu tebal yang menghalang jarak pandangan jauh pengguna jalan raya dan hampir menutupi jalan. 
Semua sedia maklum, Indonesia memang memiliki banyak gunung berapi aktif kerana kedudukan Jawa ke Sumatera yang terletak di Lingkaran Api Pasifik. Justeru itu, tidak hairanlah ramai penduduk yang masih mahu menetap di kawasan sekitarnya kerana kesuburan tanah dan keindahan alam semulajadinya.

Aku kena ingat balik subjek Geografi yang aku penah belaja dulu..=)

Setakat ini sahaja entri aku ntuk kali neh yer kawan2. Aku dah jadi pemberita plak neh, maafkan aku wahai wartawan skalian..

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..=)