Assalamualaikum..
Dah lama aku terdiam kan. =) Tapi takde lah sapai sebulan aku tak masukkan artikel baru huhu..kerana kekangan waktu yang sangat mencengkam.
Jadi, dengan adernya sekian waktu yang terluang hari neh aku nak gunakan ia ntuk kemaskini blog neh. Boleh kan?
Sebelum tuh aku nak kongsikan sikit tentang keadaan cuaca kat negara kita neh. Suhu Malaysia agak dingin rineh sehingga serendah 17 darjah celcius yang dicatatkan di Kuala Krai malam tadi. Ia disebabkan oleh gerakan Angin Monsun Timur Laut dari arah negara China yang sedang mengalami musim sejuk. Ungtungkan, dapat tido lena walaupun tak pasang kipas. Dapat jimatkan elektrik. Heheh..tak penah aku merasa negara kita sesejuk neh.
Kehlah, ari neh sebenarnya aku nak tulis tentang Uzbekistan.
Uzbekistan neh baru merdeka pada tahun 1991. Jadi negara Uzbekistan neh sedang bangkit dan berusaha untuk berdiri menjadi sebuah negara yang membangun. Ibu negara Uzbekistan dikenali sebagai Tashkent.
Disebabkan Tashkent dijadikan ibu negara, maka banyaklah tempat-tempat hiburan yang boleh dikunjungi dan dijadikan sebagai daya penarik untuk kunjungan para pelancong luar negara. Antaranya ialah Taman Tema Disneyland, kemudahan stesen keretapi, Gunung Chimgan yang terkenal untuk bermain ski dan lain-lain lagi termasuk dataran kemerdekaan. Selain itu, banyak bangunan-bangunan perniagaan juga sedang pesat membangun.
Yang menariknya, disebabkan banyak kuasa pemerintah yang pernah memegang tampuk kepimpinan Uzbekistan sebelum neh, maka banyaklah peninggalan sejarah lampau yang masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini.
Sebuah bandar yang dikenali sebagai Bukhara telah dijadikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991. Bukhara merupakan tempat asal kelahiran ramai tokoh ilmuwan Islam termasuk saintis Ibnu Sina dan Imam al-Bukhari. Lau nak tengok bangunan seperti masjid dan makam dengan senibina unik warisan kesenian Islam zaman dahulu, bolehla kita ke sana.
Samarkand pula pernah menjadi ibu negara Uzbekistan SSR pada tahun 1929 dulu. Uzbekistan memang terkenal dengan rekaan seramik pada bangunan dan set perkakasan makanminumnya. Patung pun ader yang diperbuat daripada bahan seramik jugak.
Selain daripada kedua-dua bandar tu, Uzbekistan juga kaya dengan sumber alam semulajadi seperti buah-buahan dan kekacang. Dan yang paling menarik skali, negara tersebut amat terkenal dengan masakan mewahnya seperti pilaf dan kebab. Nyummy..tiba-tiba teringin nak makan kebab..=) Ader lagi sebuah tempat yang dikenali sebagai Khiva boleh dikunjungi kat sana. Kepada sesape yang berminat nak berkunjung dan dapatkan maklumat lanjut tentang Uzbekistan neh, lehla lawat laman web toUzbekistan.com yer..=)
Aper lagi eh..Sebelum aku tamatkan tulisan ntuk arineh, aku nak sambung cerita tentang sebuah penemuan di Turkmenistan. Iaitu tentang 'HELL GATE' yang terletak berhampiran lapangan terbang di kota kecil Darvas.
Difahamkan, kononnya Hell Gate adalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan bagi sebuah lubang berapi yang telah digali oleh pakar geologi bagi mendapatkan gas asli. Walau bagaimanapun, projek cari gali berkenaan telah menemukan dengan jurang yang lebih besar dan sangat dalam di bawah tanah. Jurang tersebut menyebabkan kesemua peralatan dan perkakasan carigali terjunam. Disebabkan jurang berkenaan mengeluarkan gas yang dianggap sebagai beracun dan boleh mencemarkan udara bumi, maka pakar geologi berkenaan telah membakar gas tersebut bagi mengelakkan pencemaran yang boleh memudaratkan. Sehingga ke hari ini, lubang berapi berkenaan masih terus menyala dan tidak pernah padam semenjak kira-kira 35tahun yang lalu.
Keh, nampaknya dah agak panjang yang aku tuliskan neh. Cukuplah ntuk hari neh yer kawan-kawan.
Terima kaseh daun keladi.
Laen kali kita jupa lagi...=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan