Selasa, 7 Januari 2014

Gunung Sinabung

Assalamualaikum..

Lepas dengar berita kat radio pagi neh tentang Gunung Sinabung, aku terus cari info kat google. Yerla, kita kenalah gunakan kemudahan dengan sebaiknya. Prinsip 'Dunia Tanpa Sempadan dan Maklumat Tersedia di Hujung Jari' mendorong aku untuk tulis entri neh huhu..=)

Jom kita tengok video neh dulu..
 

Menurut Liputan6.com, Gunung Sinabung yang terletak di Tanah Karo Sumatera Utara telah menunjukkan tanda-tanda aktif dengan mengeluarkan kepulan wap asap panas berdebu dan berbatu, bersuhu lebih kurang 700 darjah celcius setinggi 3km pada 02 Januari 2014 yang lalu. Di samping itu, penduduk sekitar yang tinggal berhampiran sejauh 5km dari kawasan berkenaan telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan bagi tujuan keselamatan.

Kepulan wap panas telah aktif dihamburkan semula pada 05 Januari 2014 yang lalu. Keadaan yang berlarutan itu menyebabkan lalulintas dari Kabupaten Karo menuju ke Aceh Tenggara terganggu akibat abu tebal yang menghalang jarak pandangan jauh pengguna jalan raya dan hampir menutupi jalan. 
Semua sedia maklum, Indonesia memang memiliki banyak gunung berapi aktif kerana kedudukan Jawa ke Sumatera yang terletak di Lingkaran Api Pasifik. Justeru itu, tidak hairanlah ramai penduduk yang masih mahu menetap di kawasan sekitarnya kerana kesuburan tanah dan keindahan alam semulajadinya.

Aku kena ingat balik subjek Geografi yang aku penah belaja dulu..=)

Setakat ini sahaja entri aku ntuk kali neh yer kawan2. Aku dah jadi pemberita plak neh, maafkan aku wahai wartawan skalian..

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan