Jumaat, 21 Mac 2014

Sang Lebah

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua.

Hari neh aku nak menulis sikit tentang perihal lebah. Dah lama aku nak mengemaskini blog kehidupangadissemasa.blogspot.com neh tapi tak kesampaian hinggalah tibanya saat ini huhu.. Harap maaf yer kawan2, aku hanya mempunyai keterluangan masa yang sangat terbatas pada awal tahun baru neh. 

Jom baca ayat 69, Surah An-nahl. A'uzubillahi minashsyaitonirrajim.


Annahlu dalam istilah arab bererti lebah. Lebah menghasilkan madu. Madu yang dapat dikongsi oleh manusia kerana manfaat khasiatnya. Tapi tau tak, apa sebenarnya tujuan lebah hasilkan madu. 


Lebah menghasilkan madu untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Madu-madu yang tersimpan di dalam sesebuah sarang lebah akan digunakan oleh lebah bagi menghasilkan tenaga untuk meneruskan hidup pada musim sejuk atau ketika cuaca tidak mengizinkan.


Di dalam keluarga sebuah sarang lebah terdapat tiga jenis lebah yang telah dilahirkan mengikut peranan masing-masing secara semulajadi mengikut fitrahnya. 


Yang pertama ialah Lebah Ratu. Hanya ada seekor Lebah Ratu di dalam sesebuah sarang dan hanya Lebah Ratu yang bertelur. Dianggarkan seekor Lebah Ratu boleh menghasilkan lebih kurang 2000 biji telur setiap hari. Lebah Ratu ini hanya makan madu terpilih yang dikenali sebagai royal jelly untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang hayatnya selama empat hingga lima tahun. Seandainya Lebah Ratu muda datang ke sarang yang dibawa bersama oleh lebah jantan, akan berlaku pergelutan di antara Lebah Ratu asal dan Lebah Ratu muda. Lebah Ratu yang menang dalam pergelutan akan menguasai sarang tersebut manakala Lebah Ratu yang kalah akan terbang keluar dan membina sarang baru yang akan dijadikan sebagai tempat berlindung bersama-sama sebahagian dengan Lebah Pekerjanya. 


Kedua, Lebah Jantan. Kitar hidup lebah = telur > larva > kepompong > lebah. Setelah 3 hari Lebah Ratu bertelur, telur-telur Lebah Jantan di dalam sarang akan menetas dan berubah menjadi larva. Sepanjang tempoh 5 hari menjadi larva, larva tersebut diberi makan oleh Lebah Pekerja. Lebah Jantan menjaga sarangnya. Lebah Jantan akan mati setelah mengahwini Lebah Ratu. Lebah Jantan yang tidak mengahwini Lebah Ratu akan diabaikan dan akan diusir oleh Lebah Pekerja pada saat sarang kekurangan sumber makanan. Jangka hidup Lebah Jantan adalah antara 4 hingga 6 minggu.


Yang ketiga ialah Lebah Pekerja. Lebah Pekerja hidup tidak lama iaitu sekitar 50 hari. Fungsi Lebah Pekerja adalah berkhidmat kepada Lebah Ratu dengan menghasilkan royal jelly untuk makanan Lebah Ratu dan larva. Kemudian, Lebah Pekerja ini juga, ada yang keluar mencari pollen, nektar dan propolis untuk menghasilkan madu yang disimpan di dalam sarang. Lebah Pekerja merupakan lebah betina yang paling banyak terdapat di dalam sesebuah sarang. 


Dan, kerana kerjasama di antara Lebah Ratu, Lebah Jantan dan Lebah Pekerja ini bersama-sama dengan adanya manisan bunga seperi pollen, nektar dan propolis ini, maka dapatlah kita sebagai manusia berkongsi khasiat madu yang telah terhasil ini. Keunikan madu itu sendiri, ia tidak akan basi dan boleh menyembuhkan luka. 
Subhanallah. Allah S.W.T telah menciptakan seluruh makhluk dan alam semesta di dunia ini sebagai tanda kekuasaanNya. 

Bersamalah kita melihat dan berfikir. 

Wallahu a'lam.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan