Isnin, 23 Disember 2013

Perak

Assalamualaikum..

Cuba teka kat mana neh..

RTC Gopeng. Pandainya korang neh. Dengan tagline satu hentian pelbagai perkhidmatan, RTC Gopeng menjadi salah satu hub luar bandar yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan.

Antara kemudahan yang ader kat sana ialah surau, KFC, Agro Mall, Mydin Mall, dewan, Kolej Komuniti RTC Gopeng, BSN, Agrobank dan juga medan selera.

Yang neh adalah salah satu produk asas tani negeri Perak yang boleh diperoleh kat sana. Der banyak lagi taow produk hasil keluaran syarikat tempatan yang ader dijual kat sana, nak yang segar pun ader huhu..

Tunggu per lagi jom singgah. Malahan, bagi pengguna lebuh raya Utara Selatan yang menuju ke utara boleh tinggalkan kenderaan di hentian Simpang Pulai dan hanya berjalan kaki maka dah boleh lah sapai ke perkarangan RTC neh. Lau malas nak bersesak-sesak di RNR Tapah, surau di RTC neh boleh dijadikan sebagai tempat solat dan hilanglah penat lelah buat seketika. Lau lapar boleh makan di medan selera yang disediakan. Pendek kata segalanya ada di sini.

Jom ke Perak..

Nasi ganja bungkus yang aku beli kat Restoran Nasi Vanggey Greentown Ipoh....huhuhu. Kopok dia sedap. Aku pilih nasi putih jer sebab aku tak pandai makan nasi beriani @ nasi minyak @ nasi kandar. 


Yang neh kudapan waktu malam kat hotel Ipoh sambil tengok bola, Malaysia lawan Indonesia...Sedey, kalah tipis pada sepakan penalti. Napak sedap tak air tu..? Aku bancuh sendiri taow muahahah.. Napak tak yang dalam pinggan tuh, itulah buah tin. Sedap buah tin neh, macam rasa makan strawberi kering tapi buah tin neh tak masam. Alhamdulillah kenyang.


Tara...Haaa neh la aku. Takde koje laen bila aku duk sensorang.

Kehla, sapai sini dulu untuk entri aku kali neh.

Terima kaseh daun keladi. Laen kali kita jupa lagi..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan