Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita yer..=)
Alhamdulillah dengan melayari blog-blog yang ader di Google neh, dapatlah aku mengumpulkan seberapa banyak maklumat penting berkenaan Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar atau mudah dipanggil sebagai BNO ntuk dijadikan petunjuk jalan menuju ke sana.
Melalui gambaran itulah dapat aku sapai ke sana dengan selamat, membawa adik dan anak sedara makan mee udang yang hangat diperkatakan oleh seluruh penduduk pelusuk negeri Selangor.
Haaa nehla, foodcourt mee udang BNO. Kat sini ader dua kedai makan yang boleh dijadikan pilihan u oll samada nak makan mee udang special atau mee udang banjir. Gerenti puas hati. Udang-udang dan adik-adik udang dia sangatlah manis. Terbaik dari ladang, pada harga yang setimpal dengan udang-udang yang hampir penuh sepinggan. Kerang bakar ader, nasi goreng udang ader, laksa ader, abc ader, layang-layang dan patung harimau pun ader. Manakala ais blended, aiskrim goreng atau burger ader dijual di gerai-gerai bawah payung berhadapan dengan foodcourt neh yer kawan-kawan =) Berhadapan gerai payung tu lah pantai.
Masa aku datang pukul 4 petang ritu hujan baru turun jadi kitorang terus berteduh kat foodcourt neh sambil makan mee udang.
Yang neh plak surau. Sebelah kiri surau neh adalah Kelong Paradise dan sebelah kanannya adalah foodcourt tadi. Tempat parking kereta sangatlah mesra sebab kawasan neh sangatlah luas, sebelah surau boleh parking, belakang foodcourt boleh parking, hadapan Kelong Paradise boleh parking, bersebelahan gerai-gerai berpayung pun boleh parking jugak huhuhu =)
Bila dah siap makan, hujan pun reda. Kitorang pun bergerak lah menuju ke pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Bila datang sini takyah la bawak pelampung atau baju mandi sebab tak sesuai. Pantai BNO neh bukannya berpasir, tepian adalah batu-batu besar dan bila air surut yang tinggal hanyalah selut lumpur.
Walau bagaimanapun, pemandangan keindahan alam semulajadi dapat dinikmati dengan kehadiran bangau-bangau dan para nelayan yang pulang petang dari laut lepas. Ader la juga belacak bila jengah ke tengah lumpur tu. Nak tau camne rupa belacak, mehla datang ke BNO neh. Kedudukannya di Sabak Bernam yang boleh dikunjungi melalui jalan raya menghubungkan Kuala Selangor dan Perak. Laluan susur kiri masuk ke Sungai Air Tawar sebelum menuju ke Politeknik Sultan Idris Shah. Perjalanan yang sangat mudah, insyaallah sampai.
Sebelum balik, sempat lagi kitorang pekena aiskrim goreng dan ais blended yang tersangatlah sedap dan murah. Tak rugi datang sini. Siap bungkus mee udang lagi ntuk makan malam plak huhu..
Masuk keta jeh, hujan pun turun semula. Almaklumlah musim hujan...Selamat jalan BNO. Laen kali kitorang datang lagi.
Sapai sini dulu yer kawan-kawan.
Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi...=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan