Jumaat, 6 Disember 2013

Jom Jaga Gigi

Assalamualaikum..

Misi aku bersambung semula hihi. Hari neh aku nak tulis diari plak..=)

Aku sebenarnya mengalami masalah gigi, sebab tulah bila makan nasi sama-sama ngan  family atau  kawan-kawan mesti aku yang paling last sekali siap makan. Bukannya apa, ia kerana aku hanya menguyah makanan menggunakan gigi-gigi geraham sebelah kanan jer, tu yang lambat nak lumat. Memang langsung aku tak gunakan gigi sebelah kiri sebab takut sakit.

Aku takut apa eh...? Meh aku terangkan. Sebelum tu cuba korang tengok gambar neh.

Napak tak yang bertanda Y tu..Itulah kawasan larangan. Aku takut sangat lau makanan parking atau terkunyah bila ia betul-betul terkumpul kat kawasan Y tu. Lau terjadi eksiden, gerenti aku akan menderita tak lalu makan selama sebulan. Ibarat satu mulut sakit. Tido tak lena makan pun tak kenyang. Sebab tu lah bila suap makanan, aku akan halakan semua makanan ke rahang sebelah kanan untuk dikunyah. 

Sejarahnya, Y tu penah berlubang dan ditampal dulu. Tapi skarang, simen yang ditampal tu dah terhakis dan tercabut. Ia menyebabkan dinding gigi aku rapuh dan pecah. Hanya tinggal separuh geraham Y yang teguh berdiri, manakala dasar gigi yang dah pecah tu masih kuat  melekat pada gusi. Heheh..=) Yang tanda X tu memang dah kena cabut sebab ia dah rosak waktu aku kecik dulu. Tula, sape suruh malas gosok gigi waktu kecik dulu..=( Nanges

Erm, bila dah rajin gosok gigi dua kali sehari pun tetap melekat plak kat gigi. Aku takut sangat lau kehilangan gigi yang laen..

Kehadiran plak pada gigi membuktikan telah berkumpulnya bakteria-bakteria perosak yang boleh menyebabkan gigi berlubang. Dari mana datangnya bakteria pulak...? Bakteria tu datangnya dari sisa-sisa makanan yang terselit di celah gigi. Bila takdapat kuar, makanan tu akan mereput. 

Memang susah nak kuar sisa makanan lau dah terselit kat celah gigi, lebih-lebih lagi lau ia adalah daging lembu atau kambing yang liat tuh huhu..Gosok gigi banyak kali pun tetap tak hilang, gusi berdarah ader lah.

Tak dapat aku nak makan daging lembu sapai bila-bila..

Lepas neh, aku kena tingkatkan tahap penjagaan gigi. Hapuskan makanan yang melekat dicelah gigi untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Lau gosok gigi tak boleh hilang, kena guna gloss, pastu aku nak amalkan berkumur dengan antibakteria. Sibuk je bakteria neh, datang tanpa diundang.


Kehla, aku nak g kedai neh..beli antiseptik mulut. Bye

Terima kaseh daun keladi, lain kali kita jupa lagi..=)

1 ulasan:

  1. Where to find slot machines in your city - DRMCD
    Las Vegas Sands Resort 아산 출장안마 Casino. Las Vegas Sands is 순천 출장안마 known for its casino-style gambling and slot machines. 영천 출장샵 A casino is an 나주 출장마사지 attraction in which 김천 출장마사지

    BalasPadam