Rabu, 29 Januari 2014

Kata-kata Hikmah

Assalamualaikum...

Sedikit kata-kata yang dikongsikan. 
Semua manusia akan MATI, kecuali yang berILMU. Semua yang berilmu akan TIDUR kecuali yang mengAMALkan ilmunya
HARTA akan HABIS digunakan tanpa ILMU tetapi sebaliknya ILMU akan berKEMBANG jika ianya diGUNAkan
Setiap orang dapat mencapai KEJAYAAN dalam apa saja hal, asalkan ia sangat meNYUKAI pekerjaan yang dilakukan
Lebih baik TIDUR dengan perut yang LAPAR daripada BANGUN tidur dengan banyak HUTANG
Hidup biarlah BERBAKTI, walaupun tidak diPUJI
Masa DEPAN itu diBELI oleh masa SEKARANG
Jangan sekali-kali kita meREMEHkan sesuatu PERBUATAN baik walaupun hanya sekadar SENYUMAN
Dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI. Dalam kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA
Barangsiapa menyebar luaskan berita-berita KEKEJIAN yang didengarnya, maka dia seperti PELAKUnya
Jika KEADILAN ditegakkan, KEBERANIAN tidak diperlukan lagi
Gantungkan AZAM dan SEMANGATmu setinggi BINTANG di langit dan rendahkan HATImu serendah MUTIARA di LAUTAN
Kekuatan tidak datang dari kemampuan FIZIKAL, tetapi ianya datang dari SEMANGAT yang tidak pernah MENGALAH
Orang yang BERANI ialah mereka yang tidak mudah PATAH HATI, tetapi BERTAHAN dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran
Pengetahuan adalah WARISAN yang mulia, budi pekerti ibarat PAKAIAN yang baru dan fikiran ibarat CERMIN yang berkilau
Manusia yang paling BAIK adalah yang paling BANYAK memberikan MANFAAT bagi manusia lain
Jika kita inginkan suatu KEHIDUPAN yang berMAKNA, buatlah KEPUTUSAN yang berMAKNA juga
Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terAKHIRlah yang dapat memBUKA mangga
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang MUSTAHIL pun BOLEH terjadi
Setiap perkara ada GANTInya. Setiap perlakuan ada GANJARANnya. Setiap kejadian ada HIKMAH di sebalik kejadiannya
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda LAKUKAN. Seluruh kehidupan adalah satu UJIAN
Berunding CERDIK dengan PANDAI, faham dua menjadi satu
Amal yang paling diSUKAI ALLAH adalah amal yang dilakukan secara terus MENERUS sekalipun sedikit
Berubah itu mungkin MUDAH, tapi KEKAL dengan perubahan yang dibuat itu mungkin PAYAH
Terima kaseh kerana sudi membaca, laen kali kita jupa lagi..=)

Pengat Tepung

Assalamualaikum..

Artikel tambahan ntuk hari neh..
Nak jgak ia menyelit walau hanya sebuah catatan yang pendek.

Aku teringin nak makan pengat tepung pulut yang kaler-kaler camneh..

Nampak sedap, aku tak penah makan pengat yang neh. 

Keh, itu je.

Bye.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Umah Kayu

Assalamualaikum..

Bila orang tanya camne umah idaman aku, jawapan aku ialah umah kayu muahahaha ..=)

Tapi skarang neh dah jarang-jarang orang kita nak buat umah kayu. Mungkin sebab kos ntuk bina umah kayu lebih tinggi dari umah batu. Lagipun, umah kayu kena pandai jaga, lau tak nati sume dinding umah kita roboh sebab kena makan dek anai-anai. Dan agak mustahil lah ntuk aku sendiri memiliki umah kayu pada zaman skarang neh. Mana ader pemaju perumahan yang buat umah kayu ntuk pasaran kat Malaysia neh. Umah batu pun belum tentu lagi aku mampu nak beli, inikan pula umah kayu huhuuhuhu...sedey.

Pendek kata hanya orang-orang kaya jer yang mampu miliki umah kayu neh. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kampung yang mendiami umah warisan pusaka. Dan hanya mereka yang betul-betul hartawan mampu mendirikan umah kayu di tengah-tengah bandar neh. Untungla dapat jadi jutawan, hartawan dan dermawan. Lau aku nak merasa duduk umah kayu, kenalah g sewa chalet dua tiga malam. Lau tak pun g balek kampung, tido umah pakcik dua tiga malam.

Tiba-tiba teringat soklan karangan waktu skolah menengah dulu 'Mana satu lebih baik, membesar di bandar atau luar bandar'. Mestilah jawapan aku luar bandar, sebab hujah aku lebih banyak dan memihak kepada yang luar bandar ngeheheh..
 
Erm, dah hampir sambutan Tahun Baru Cina. Mesti kaum cina tengah buat persiapan. Jadi, banyaklah barang-barang bermusim tengah dijual di pusat beli belah atau pun pasar basah. Contohnya cam nanas. Nanas ntuk Tahun Baru Cina neh, dorang siap jual buah nanas kuning yang berskali ngan anak-anak pokok nanas tuh. Canggihkan.




Aku pulak penat memikir, ke manakah hala tuju aku ntuk abeskan cuti panjang empat hari masa raya cina nati. Yeah, besnya cuti.

Selamat menyambut tahun baru cina.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Selasa, 28 Januari 2014

Bila Waktu Terluang...

Assalamualaikum..

Bila waktu terluang atau tengah boring, aku suka makan dua mende neh..


Kacang pistachio...

Kuaci muaehehehe..=)

Bagi lah sebanyak mana pun, gerenti aku boleh habiskan..

Bukannya tamak tapi aku memang suka mengunyah..huhu

Pastu bila dah nak segunung tinggi kulit kacang atau kulit kuaci yang aku dah kupaskan, rasa puas sangat. Tak taulah sebab per..

Bila dah habis makan, kenalah minum air masak banyak siket. 

Okeh.

Bye.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.
 

Isnin, 27 Januari 2014

Aku Yang Dulu Dan Aku Yang Skarang

Assalamualaikum..

Masa berlalu dengan cepat.

Dunia sudah berubah. Umur dah bertambah. Pengalaman dah banyak. Tapi status yang masih tak berubah-ubah. Bujang.

Yer, aku lah orang yang tak penah nak berubah.

Dari dulu sapai skarang. Bertunang tak penah. Ader boyfren tak penah. Berkahwin apetah lagi, memang langsung tak penah. Hihi.

Ape kena ngan aku neh. Adakah aku terlalu risau atau pun takut..?

Bukan aku yang risau. Tapi orang skeliling yang tolong risaukan bagi pihak aku.

Pesan orang skeliling:
1. Lau dah kawen, nati ader orang jaga kita.
2. Dah tua nati senang.

Erm, tak tau mana satu soklan dan di mana jawapannya.

Bukan nak mengeluh tapi cuma meluahkan rasa hati.

Ke ianya adalah salah aku sendiri. Terlalu :
1. Memilih ke?
2. Jual mahal ke?
3. Tak pandai nak ngorat ke?
4. Tak pandai nak layan ke?
5. Takut ke?
6. Tak kesah ke?
7. Terlalu pentingkan diri sendiri ke?
8. Takde perasaan ke?
9. Hati kering ke?
10. Bahagia skarang?

=) Tak kesah la yang mana satu. 

Bagi aku: selagi diri aku belum ader keinginan ntuk menjadi sorang kekasih @ isteri @ ibu, maka belum masanya lah aku layak ntuk berpasangan. Setiap rezeki yang dikurniakan pada kita telah ditentukan masa-masanya.

Ini cuma pendapat aku jeh.

Mungkin mereka yang lebih matang punya pendapat sendiri. Kebahagiaan kita yang menciptanya.

Aku hanya berkongsi rasa.

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi.

Jumaat, 24 Januari 2014

Yang Menarik Tentang Uzbekistan

Assalamualaikum..

Dah lama aku terdiam kan. =) Tapi takde lah sapai sebulan aku tak masukkan artikel baru huhu..kerana kekangan waktu yang sangat mencengkam.

Jadi, dengan adernya sekian waktu yang terluang hari neh aku nak gunakan ia ntuk kemaskini blog neh. Boleh kan? 

Sebelum tuh aku nak kongsikan sikit tentang keadaan cuaca kat negara kita neh. Suhu Malaysia agak dingin rineh sehingga serendah 17 darjah celcius yang dicatatkan di Kuala Krai malam tadi. Ia disebabkan oleh gerakan Angin Monsun Timur Laut dari arah negara China yang sedang mengalami musim sejuk. Ungtungkan, dapat tido lena walaupun tak pasang kipas. Dapat jimatkan elektrik. Heheh..tak penah aku merasa negara kita sesejuk neh.

Kehlah, ari neh sebenarnya aku nak tulis tentang Uzbekistan. 

Uzbekistan neh baru merdeka pada tahun 1991. Jadi negara Uzbekistan neh sedang bangkit dan berusaha untuk berdiri menjadi sebuah negara yang membangun. Ibu negara Uzbekistan dikenali sebagai Tashkent. 

Disebabkan Tashkent dijadikan ibu negara, maka banyaklah tempat-tempat hiburan yang boleh dikunjungi dan dijadikan sebagai daya penarik untuk kunjungan para pelancong luar negara. Antaranya ialah Taman Tema Disneyland, kemudahan stesen keretapi, Gunung Chimgan yang terkenal untuk bermain ski dan lain-lain lagi termasuk dataran kemerdekaan. Selain itu, banyak bangunan-bangunan perniagaan juga sedang pesat membangun.





Yang menariknya, disebabkan banyak kuasa pemerintah yang pernah memegang tampuk kepimpinan Uzbekistan sebelum neh, maka banyaklah peninggalan sejarah lampau yang masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini. 

Sebuah bandar yang dikenali sebagai Bukhara telah dijadikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991. Bukhara merupakan tempat asal kelahiran ramai tokoh ilmuwan Islam termasuk saintis Ibnu Sina dan Imam al-Bukhari. Lau nak tengok bangunan seperti masjid dan makam dengan senibina unik warisan kesenian Islam zaman dahulu, bolehla kita ke sana.


Samarkand pula pernah menjadi ibu negara Uzbekistan SSR pada tahun 1929 dulu. Uzbekistan memang terkenal dengan rekaan seramik pada bangunan dan set perkakasan makanminumnya. Patung pun ader yang diperbuat daripada bahan seramik jugak.


Selain daripada kedua-dua bandar tu, Uzbekistan juga kaya dengan sumber alam semulajadi seperti buah-buahan dan kekacang. Dan yang paling menarik skali, negara tersebut amat terkenal dengan masakan mewahnya seperti pilaf dan kebab. Nyummy..tiba-tiba teringin nak makan kebab..=) Ader lagi sebuah tempat yang dikenali sebagai Khiva boleh dikunjungi kat sana. Kepada sesape yang berminat nak berkunjung dan dapatkan maklumat lanjut tentang Uzbekistan neh, lehla lawat laman web toUzbekistan.com yer..=)


Aper lagi eh..Sebelum aku tamatkan tulisan ntuk arineh, aku nak sambung cerita tentang sebuah penemuan di Turkmenistan. Iaitu tentang 'HELL GATE' yang terletak berhampiran lapangan terbang di kota kecil Darvas.

Difahamkan, kononnya Hell Gate adalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan bagi sebuah lubang berapi yang telah digali oleh pakar geologi bagi mendapatkan gas asli. Walau bagaimanapun, projek cari gali berkenaan telah menemukan dengan jurang yang lebih besar dan sangat dalam di bawah tanah. Jurang tersebut menyebabkan kesemua peralatan dan perkakasan carigali terjunam. Disebabkan jurang berkenaan mengeluarkan gas yang dianggap sebagai beracun dan boleh mencemarkan udara bumi, maka pakar geologi berkenaan telah membakar gas tersebut bagi mengelakkan pencemaran yang boleh memudaratkan. Sehingga ke hari ini, lubang berapi berkenaan masih terus menyala dan tidak pernah padam semenjak kira-kira 35tahun yang lalu. 
 
Keh, nampaknya dah agak panjang yang aku tuliskan neh. Cukuplah ntuk hari neh yer kawan-kawan.

Terima kaseh daun keladi. 

Laen kali kita jupa lagi...=)


Selasa, 7 Januari 2014

Gunung Sinabung

Assalamualaikum..

Lepas dengar berita kat radio pagi neh tentang Gunung Sinabung, aku terus cari info kat google. Yerla, kita kenalah gunakan kemudahan dengan sebaiknya. Prinsip 'Dunia Tanpa Sempadan dan Maklumat Tersedia di Hujung Jari' mendorong aku untuk tulis entri neh huhu..=)

Jom kita tengok video neh dulu..
 

Menurut Liputan6.com, Gunung Sinabung yang terletak di Tanah Karo Sumatera Utara telah menunjukkan tanda-tanda aktif dengan mengeluarkan kepulan wap asap panas berdebu dan berbatu, bersuhu lebih kurang 700 darjah celcius setinggi 3km pada 02 Januari 2014 yang lalu. Di samping itu, penduduk sekitar yang tinggal berhampiran sejauh 5km dari kawasan berkenaan telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan bagi tujuan keselamatan.

Kepulan wap panas telah aktif dihamburkan semula pada 05 Januari 2014 yang lalu. Keadaan yang berlarutan itu menyebabkan lalulintas dari Kabupaten Karo menuju ke Aceh Tenggara terganggu akibat abu tebal yang menghalang jarak pandangan jauh pengguna jalan raya dan hampir menutupi jalan. 
Semua sedia maklum, Indonesia memang memiliki banyak gunung berapi aktif kerana kedudukan Jawa ke Sumatera yang terletak di Lingkaran Api Pasifik. Justeru itu, tidak hairanlah ramai penduduk yang masih mahu menetap di kawasan sekitarnya kerana kesuburan tanah dan keindahan alam semulajadinya.

Aku kena ingat balik subjek Geografi yang aku penah belaja dulu..=)

Setakat ini sahaja entri aku ntuk kali neh yer kawan2. Aku dah jadi pemberita plak neh, maafkan aku wahai wartawan skalian..

Terima kaseh daun keladi, laen kali kita jupa lagi..=)